Refleksi Ahli Kumpulan : Nurul Izzati Iffah Binti Nasir
NURUL IZZATI IFFAH BINTI NASIR (A150100)
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) merupakan satu kursus yang baru bagi saya.Melalui nama, saya menggambarkan kursus ini seperti subjek sejarah yang menumpukan kepada tamadun-tamadun yang ada di Asia. Sewaktu kuliah pertama, pensyarah Kursus iaitu Pn. Fatin Hazwani telah menerangkan tentang penilaian kursus. Sesuatu yang menarik di dalam set TITAS ini ialah cara penilaian kursus yang berbeza berbandng set lain. Selain pembentangan bab, kami diminta untuk menghasilkan sebuah produk yang berasaskan bahan kitar semula dan mempunyai kaitan dengan tamadun.
Kumpulan kami telah memilih congkak sebagai produk kami untuk projek TITAS. Sejujurnya, produk ini agak sukar dikaitkan dengan mengkhususkan kepada satu tamadun sahaja. Oleh itu, kumpulan kami bersetuju untuk mengaitkan produk ini dengan beberapa tamadun bagi memenuhi syarat projek. Projek ini telah mengajar saya untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam memilih produk yang sesuai untuk projek kami. Hal ini kerana produk yang dihasilkan perlu berkait dengan tamadun, jumlah kos tidak lebih RM50 dan diperbuat dari bahan kitar semula. Bahan kitar semula yang kami guna ialah tempurung kelapa yang digunakan semula sebagai bekas meletak guli. Guli pula diperbuat daripada kain perca yang diisi dengan beras. Di saat akhir persiapan membuat produk, kami mendapat idea untuk menghasilkan produk yang pasang siap agar memudahkan ia disimpan selepas digunakan kerana saiznya yang besar.
Sebagai seorang pelajar, kita perlu berfikir di luar kebiasaan dan melihat dari pelbagai perspektif agar dapat menghasilkan sesuatu yang hebat.
Melalui projek ini saya belajar untuk saling bertolak ansur dalam kerja berkumpulan. Kumpulan saya terdiri daripada 8 orang dan semuanya dari fakulti yang sama iaitu Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat. Namun begitu, setiap dari kami mempunyai komitmen yang pelbagai yang menyukarkan untuk kami berjumpa kesemua ahli dalam satu-satu masa. Oleh itu, kami bersikap
tolak ansur dengan memberikan komitmen mengikut masa yang kami lapang. Kami telah membahagikan tugas dan setiap ahli perlu memainkan peranan masing-masing bagi menyiapkan tugas yang diberikan. Terdapat juga segelintir yang masih tidak mampu menyiapkan bahagian mereka dengan lengkap jadi kami turut membantu bagi memastikan kami dapat menyiapkan
tugasan dengan lengkap mengikut masa yang ditetapkan. Saya yakin pada usia yang sekarang, setiap ahli mempunyai kesedaran sendiri tentang yang mana perlu diutamakan tanpa perlu diberitahu.
Disamping itu, melalui projek ini saya dapat menilai sejauh mana diri saya menghargai warisan . Pada awal idea ini dicadangkan, saya merasakan ia sesuatu yang kurang menarik kerana congkak merupakan permainan yang hampir lapuk ditelan zaman. Selepas menemuramah pelajar sekolah
rendah yang rata-ratanya tidak tahu tentang congkak, saya terinspirasi untuk membuatnya. Kumpulan kami menginovasikan congkak yangg berat, dan susah disimpan kepada congkak yang lebih praktikal digunakan pada zaman kini dimana orang lebih gemar kepada produk yang cepat dan mudah.
Natijahnya, melalui subjek TITAS ini, banyak ilmu-ilmu baru yang saya dapat ketika dalamkuliah serta semasa menjalankan projek. Selaras dengan kecanggihan dunia tanpa sempadan kini,untuk mendapat ilmu tidak terhad hanya di dalam kuliah malah banyak lagi medium lain. Guru yang terbaik adalah pengalaman. Pengalaman menjalankan projek merupakan satu bentuk ilmu dalam membentuk diri agar pelajar tidak hanya memfokuskan untuk mendapat gred yang cemerlang tetapi juga membangunkan minda dan sahsiah para pelajar.
0 comments:
Post a Comment