Sunday 29 May 2016

Pembuatan Congkak



 












Proses pembuatan produk:

FASA 1
Bahan-bahan utama untuk membuat produk kami ialah buluh, tempurung dan beras. Kami memperoleh buluh dari salah seorang ahli kumpulan kami yang tinggal di Banting, Selangor iaitu Adila. Beliau bersama dengan ayahnya telah mengambil buluh di Kampung Olak Lempik, Banting. Buluh ini akan dijadikan sebagai tapak untuk congkak kami ini.










Bahan kedua terpenting ialah tempurung kelapa. Ahli kumpulan kami iaitu Fatimah dan Liyana telah mencari tempurung kelapa di kedai runcit di sekitar Bangi.




Tempurung kelapa tersebut kami bersihkan agar mudah untuk diwarnakan dan kelihatan lebih menarik






Selepas itu, kami telah mewarnakan tempurung itu dengan menggunakan ‘spray paint’ berwarna merah.



Dalam masa yang sama, kami juga telah menjahit kain perca menjadi batu seremban bagi menggantikan buah congkak. Batu seremban ini mengandungi beras.



Inilah hasilnya. Ta daaaa….



Proses seterusnya, kami telah memotong ‘mounting board’ dengan ukuran 26 cm x 65 cm menggunakan pisau.



Merujuk gambar di atas, kami telah membuat 10 bulatan menggunakan jangka lukis dan kemudian kami membelah bahagian dalam bulatan membentuk bintang.


FASA 2



Bahan-bahan yang telah diperoleh dikumpulkan untuk sesi pemasangan.
1.       Letakkan 2 batang buluh
2.       Letakkan mounting board diatas buluh tersebut
3.       Tempurung kelapa diletakkan diatas setiap bulatan yang telah dipotong.



Jadilah seperti ini…yeaayyy!



Pandangan atas




0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Projek Titas Kami
| Distributed By Gooyaabi Templates