Sunday, 29 May 2016

Refleksi Kumpulan

Assalamualaikum, kami ahli KUMPULAN 7.

   Kami telah diberi tugas untuk membina atau mereka satu rekacipta yang diperbuat daripada bahan-bahan buangan dan melambangkan suatu tamadun. Kami telah bersepakat untuk membuat alat permainan tradisional yang sangat popular di Malaysia iaitu Congkak. Congkak bukan sahaja dikenali di negara kita malah congkak juga turut terkenal diserata dunia. Perkembangan congkak bermula dari tamadun China dan telah tersebar ke seluruh dunia melalui aktiviti perdagangan.

   Pelbagai cabaran kami hadapi ketika hendak melaksanakan projek ini. Antaranya adalah kekangan masa. Adalah agak sukar untuk kami mengumpulkan seluruh ahli kumpulan kami seramai 8 orang kesemuanya untuk turun berbincang. Oleh itu kami telah mengambil inisiatif untuk membuat perbincangan beberapa kali supaya ahli kumpulan yang tidak dapat hadir pada perbincangan sebelumnya supaya dapat menghadirkan diri pada perbincangan akan datang. Kami juga telah membentuk satu kumpulan di dalam aplikasi "Whatsapp". Selain itu, kami dapati sangat sedikit ilmu pengetahuan yang kami ketahui mengenai tamadun-tamadun yang terkenal seperti Tamadun India, Tamadun China, Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. Hal ini telah menyukarkan kami untuk membuat keputusan mengenai barangan yang perlu kami buat. Untuk mengatasi masalah ini, kami telah bersepakat untuk bersama-sama mencari maklumat tambahan mengenai tamadun-tamandun. Setiap ahli kumpulan telah dibahagikan tugasan untuk memfokuskan skop mencari maklumat pada satu-satu tamadun sahaja. Cara ini lebih efektif kerana kami dapat mencapai target maklumat yang kami inginkan. Apabila keputusan membuat congkak telah sama-sama dipersetujui, sekali lagi setiap ahli kumpulan diberi tugasan untuk mengumpulkan bahan-bahan yang diperlukan. Di sini kami dapat lihat betapa bersungguhnya setiap ahli kumpulan melaksanakan tugasan tersebut. Ada yang mencari tempurung di kawasan sekitar Bangi dengan hanya menunggang motosial, ada yang menjahit buah congkak sehingga luka-luka jari jemarinya dan ada yang meminta bantuan ibubapanya untuk menebang buluh kerana kudratnya tidak seberapa. Segala yang kami lakukan memerlukan sokongan antara satu sama lain.

   Secara keseluruhannya, projek ini telah membantu kami mengenalpasti potensi setiap ahli ketika menjalankan tugas. Kerjasama dan toleransi antara ahli kumpulan sangat penting untuk mencapai kejayaan dalam melaksanakan projek. Projek ini juga telah membuka mata dan minda kami untuk lebih menghargai turun naik sesuatu tamadun. Walaupun kini kami berada di zaman modenisasi, namun itu bukanlah alasan untuk kami melupai sejarah bangkitnya manusia sebelum kami.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Projek Titas Kami
| Distributed By Gooyaabi Templates