Sunday 29 May 2016

Refleksi Ahli Kumpulan : NUR NABILAH SYAHIRAH BINTI ZAINOL

Nur Nabilah Syahirah Binti Zainol(A150991)


Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Perkenalkan, saya Nabilah daripada Kumpulan 7. Sebelum itu, saya ingin menyatakan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, Alhamdulillah kami dapat menyiapkan projek titas kami ini dan membentangkannya dengan jayanya pada sesi perbentangan dalam kuliah yang lepas. Terdapat pelbagai input baru yang saya peroleh sepanjang pengajaran yang dikelolai oleh pensyarah titas bagi set 21 ini, iaitu Pn. Fatin Hazwani @ Hasidah binti Siran. Sebelum tiba hari perbentangan produk, kami sentiasa dihidangkan dengan perbentangan-perbentangan daripada setiap kumpulan mengenai tamadun-tamadun yang terdapat dalam konteks buku teks TITAS. Daripada setiap perbentangan tersebut, tidak pernah tidak untuk diri ini sentiasa kagum dan tertanya-tanya lebih lanjut mengenai keunikkan bagi setiap tamadun-tamadun yang telah dibentangkan. Oh ya, sebelum ni saya ada mengatakan mengenai perbentangan produk bukan? Inilah antara tugasan yang perlu kami siapkan sepanjang pembelajaran kami ini. Berbekalkan ilmu-ilmu dan info yang kami peroleh semasa perbentangan bagi setiap tamadun, kami diminta oleh Pn. Fatin Hazwani @ Hasidah binti Siran untuk menghasilkan satu produk yang dihasilkan daripada bahan-bahan barangan kitar semula dan bahan-bahan itu hendaklah perlu dikaitkan dengan ketamadunan yang sesuai.

Hasil perbincangan dan kajian yang telah dilakukan, kami satu pasukan telah sepakat untuk menghasilkan Congkak yang boleh pasang siap dengan menggunakan pelbagai barangan yang boleh dikitar semula dan sudah pastinya setiap daripada bahan itu mempunyai kaitan dengan ketamadunan sesuatu tamadun.

 Poster yang telah saya hasilkan untuk perbentangan produk pada sesi kuliah lepas. Inilah Congkak pasang siap yang kami hasilkan. Bukan gambar daripada google tau. =D


Berikut ialah bahan-bahan yang telah kami gunakan dalam menghasilkan Congkak beserta kaitan bahan-bahan yang digunakan ini dengan tamadun. Objektif kami dalam menghasilkan Congkak ini adalah untuk menghidupkan kembali permainan Congkak yang unik dan menguji minda ini pada generasi muda masa kini. Hasil kaji selidik telah dilakukan oleh salah seorang ahli pasukan kami bersama anak-anak muridnya. Beliau bertanya kepada anak-anak muridnya akan tahukan mereka apa itu congkak dan bagaimana cara untuk bermainnya. Jawapan yang agak mengejutkan, ternyata ada diantara mereka yang sememangnya tidak tahu apa itu congkak apatah lagi tahu dan pernah bermain dengannya. Antara soalan lain yang ajukan kepada mereka ialah, jika mereka diberikan pilihan untuk memilih sama ada Congkak atau gadget iaitu telefon pintar, yang mana satukah akan menjadi pilihan mereka, jawapan yang sudah dapat diagak oleh generasi muda masa kini. Rata-rata daripada mereka ternyata lebih memilih telefon pintar sebagai pilihan mereka. Namun, tidak dapat disalahkan mereka juga kerana generasi mereka ialah generasi yang sudahpun terdedah dengan teknologi yang berkembang dengan pesat sejak diusia awal mereka. Sepanjang kami melaksanakan projek ini, terdapat pelbagai input yang kami peroleh yang juga ada diantaranya merupakan antara input yang sememangnya baru untuk kami ketahui.

Akhirnya hari perbentangan telah tiba. Alhamdulillah, komen-komen positif yang kami terima daripada Pn. Fatin Hazwani @ Hasidah binti Siran. Terima kasih Puan diatas bimbingan serta tambahan idea yang diberikan semasa kami menyatakan keinginan kami untuk menghasilkan Congkak ini.

Baiklah, sebelum saya mengakhiri refleksi saya ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua terutama rakan sepasukan yang sangat baik dan saling bertolak ansur sepanjang kami bersama-sama dalam melaksanakan tugasan yang diberikan ini. Terima kasih semua.

Sekian saja daripada saya.

Assalamualaikum w.b.t.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Projek Titas Kami
| Distributed By Gooyaabi Templates