Refleksi Ahli Kumpulan : AIN ADILA BINTI MOHD KAMSLIAN
--> Ain Adila Binti Mohd Kamslian A149494
Setiap ahli kumpulan 7 telah diberi tugasan masing-masing untuk menyiapkan projek ini. Saya Ain Adila Binti Mohd Kamslian telah diberi tugasan untuk mencari buluh. Buluh digunakan dalam projek kami sebagai alas meletakkan lubang-lubang congkak yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Pada awalnya saya menyangka tugasan ini adalah mudah kerana buluh boleh didapati di mana-mana sahaja. Namun sangkaan saya meleset.
Buluh yang sesuai digunakan dalam projek ini agak sukar dicari. Saya mengambil inisiatif untuk membeli sahaja buluh lemang di tepi jalan namun malangnya tiada kedai menjual lemang yang buka pada waktu itu. Hal ini demikian kerana musim puasa dan raya masih jauh lagi. Oleh itu, saya telah meminta bantuan ayah saya untuk membantu mencari buluh tersebut. Kami telah pergi ke rumah jiran yang mempunyai serumpun buluh di halaman rumah. Terdapat beberapa keadaan yang menyukarkan kami untuk mendapatkan buluh. Pertama, buluh perlu ditebang terlebih dahulu menggunakan ‘jigsaw’. Ayah juga telah memanggil seorang rakan untuk membantu menarik buluh kerana buluh yang ditebang tidak jatuh. Ini kerana pucuknya berselirat dengan buluh lain. Setelah hampir 15 minit, barulah kami berjaya mendapatkan buluh tersebut. Kedua, setelah mendapat buluh, kami perlu memotongnya mengikut ukuran yang ditetapkan. Sekali lagi saya memerlukan bantuan daripada ayah saya. Buluh dipotong menggunakan ‘jigsaw’. Akhirnya saya berjaya menyelesaikan tugasan saya dengan bantuan ayah dan rakan ayah.
Di sini saya dapat mengambil pengajaran. Untuk mendapatkan sesuatu, kita perlu saling bekerjasama. Jangan malu untuk meminta bantuan daripada orang lain. Selain itu, kita juga jangan terlalu mudah mengambil sesuatu perkara dengan remeh. Menganggap sesuatu itu senang dijalankan tanpa mencuba terlebih dahulu. Projek ini banyak menyedarkan saya tentang kepentingan kerjasama. Oleh kerana kami mempunyai sejumlah ahli kumpulan yang agak ramai iaitu 8 orang kesemuanya, kami mempunyai sedikit kekangan untuk mengumpulkan kesemuanya dalam sesi diskusi. Namun semua kekangan dapat dihadapi dengan baiknya. Perancangan yang terapi telah di atur supaya projek kami dapat dijalankan dengan jayanya. Sekian
0 comments:
Post a Comment