Sunday, 29 May 2016

Refleksi Ahli Kumpulan : NURLIYANA BINTI NASARUDIN

Nurliyana Binti Nasarudin (A150760)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya projek congkak untuk Kursus Tamadun Islam Tamadun Asia LMCW 2163 dapat juga diselesaikan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah dan rakan seperjuagan sepanjang semester ini.

Didalam kursus ini, kami diminta untuk menghasilkan satu produk yang bertemakan ketamadunan. Produk yang dihasilkan mestilah terdiri daripada bahan-bahan terpakai dan tidak melebihi bajet yang ditetapkan iaitu sebangak RM 50. Kami memilih untuk membuat congkak. Congkak ini dihasilkan daripada barang-barang terpakai seperti tempurung kelapa dan batang buluh.

Sepanjang perbincangan kami telah memtuskan untuk menggabungkan produk kami dengan beberapa tamadun iaitu Tamadun Melayu, Cina dan India. Banyak yang telah dilalui sepanjang pembuatan produk kami dan pembelajaran di kuliah.

 Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek TITAS ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih memahami apa itu ketamadunan dan kesannya kepada kemajuaan sesuatu masyarakat.




0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Projek Titas Kami
| Distributed By Gooyaabi Templates