Sunday, 29 May 2016

Refleksi Ahli Kumpulan : NURUL FARHANA BINTI AHMAD ZAWAWI

Nurul Farhana Binti Ahmad Zawawi  A151053

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya kami dapat menyiapkan projek kami iaitu menghasilkan congkak untuk kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia ( LMCW 2163) dengan jayanya. Ribuan terima kasih ingin saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya, pensyarah bagi kursus ini iaitu Puan Fatin Hazwani @ Hasidah Binti Siran dan tidak lupa kepada rakan-rakan sepasukan yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan ketika melakukan dan menyiapkan projek ini.

Di dalam subjek ini, semua pelajar diminta untuk membentuk pasukan yang terdiri daripada 8 orang ahli dan setiap pasukan perlu menghasilkan satu produk yang diinspirasikan daripada tamadun sama ada daripada Tamadun Islam, Tamadun Melayu, Tamadun Cina, dan Tamadun India. Produk yang dihasilkan mestilah menggunakan barang-barang terpakai dan bajet tidak boleh melebihi RM 50 bagi setiap pasukan. 

Pasukan kami telah memilih untuk menghasilkan congkak kerana permainan ini telah lama ditinggalkan oleh generasi Z. Dahulu permainan congkak merupakan antara permainan rakyat yang terkenal dan selalunya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Antara kelebihan dalam permainan congkak ini adalah ia dapat memupuk sifat suka besosial kerana sudah terang lagi bersuluh permainan ini telah ditelan arus pemodenan di mana kanak-kanak sekarang lebih memilih alat-alat teknologi untuk mengisi masa senggang mereka.

Kami mendapat inspirasi untuk menghasilkan permainan congkak ini kerana kami ingin mengembalikan kenangan bermain congkak ini. Antara bahan-bahan yang telah kami gunakan adalah tempurung kelapa, beras, buluh, kain perca dan beras. Kelebihan congkak yang kami hasilkan ini adalah apabila biji berlaga dengan tempurung, ia tidak akan menghasilkan bunyi kerana biji itu kami menggunakan kain yang dijahit dan di dalamnya beras. Permainan congkak yang kami hasilkan juga congkak pasang siap di mana jika tidak mahu menggunakannya, kita boleh simpan dan tidak memerlukan ruang yang besar.

Kami juga telah bersepakat untuk menggabungkan 3 jenis tamadun iaitu Tamadun Melayu, Tamadun India dan Tamadun Cina. 

Antara skop tugas yang saya lakukan adalah menjahit kain perca untuk dijadikan biji untuk congkak itu. Melalui tugas itu, saya dapat mempelajari cara untuk menjahit. Sejujurnya saya tidak pandai menjahit, jadi dengan skop tugas ini, saya dapat mempelajarinya dan saya dapat menjahit dengan baik.

Secara keseluruhannya, banyak perkara yang telah saya pelajari ketika menjalankan projek ini antaranya ia memupuk sikap kerjasama antara satu sama lain. Seterusnya saya lebih memahami tentang sesuatu tamadun itu dengan lebih baik dan kesannya terhadap kemajuan sesuatu masyarakat.



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Projek Titas Kami
| Distributed By Gooyaabi Templates