Sunday, 29 May 2016

Refleksi Ahli Kumpulan : Nuradliena Binti Mohd Adnan


Nuradliena Binti Mohd Adnan -A150479

Assalamualaikum w.b.t. Setinggi – tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya projek congkak  untuk Kursus Tamadun Islam Tamadun Asia LMCW 2163 dapat juga diselesaikan dengan jayanya. Tidak lupa juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya dan pensyarah Pn. Fatin Hazwani @ Hasidah binti Siran. Pada pendapat saya, produk permainan tradisional pasang siap iaitu congkak ini merupakan suatu produk yang berpotensi pemasaran yang tinggi jika ingin dipasarkan. Hal ini kerana dengan proses pembuatannnya yang mudah dan kos pembuatannya juga tidak memakan kos yang tinggi. Selain dapat menerapkan nilai ketamadunan dalam diri pemain, pemain juga dapat belajar serba sedikit mengenai congkak yang wujud di dunia ini. Contohnya seperti cara bermain congkak, jenis-jenis congkak dan banyak lagi perkara lain yang boleh dipelajari melalui congkak ini.

Untuk kursus ini, kami para pelajar dberi tugas untuk menghasilkan produk baru beraspirasikan tamadun yang dipilih. Saya menganggotai kumpulan 7 dan kumpulan saya telah menghasilkan produk permainan tradisional pasang siap iaitu congkak. Congkak ini dipanggil pasang siap kerana pemain perlu memasang congkak ini hanya bila pemain hendak bermain congkak. Banyak manfaat dapat diperoleh dengan kemudahan pasang siap pada congkak ini. Antaranya adalah menjimatkan ruang dan senang untuk dibawa kemana-mana. Pada pandangan saya, pembelajaran subjek Tamadun Islam Tamadun Asia ini perlu kerana dengan mempelajarinya, pelajar dapat mendalami ilmu tentang sesuatu tamadun secara interaktif. Hal ini kerana, selain melalui pembacaan, pelajar turut mengaplikasikan ilmu sesebuah tamadun itu melalui penghasilan produk. Ini merupakan salah satu teknik pembelajaran yang baik kerana pelajar dapat membayangkan dan juga merasai sendiri kewujudan tamadun tersebut.

Pensyarah bagi kursus ini adalah Pn. Fatin Hazwani @ Hasidah binti Siran. Beliau merupakan pensyarah yang berpengetahuan luas dalam kepelbagaian perkara terutama sekali dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara. Hal ini kerana,  dalam penerangan beliau untuk sesuatu topik diterangkan dengan sangat mendalam beserta contoh atau juga hal-hal isu semasa yang berkaitan dengan topik. Contoh baik yang dapat dicontohi oleh setiap pelajar dalam set ini adalah dengan sifat beliau yang mesra pelajar. Beliau juga bertungkus lumus turut menyumbang buah fikiran kepada pelajar yang mempunyai masalah dalam penghasilan produk.

Selain itu, keterlibatan rakan-rakan turut tidak dilupakan. Hal ini kerana, tanpa kerjasama dari rakan-rakan sekumpulan, produk congkak pasang siap ini tidak mungkin dapat dihasilkan dengan sempurna. Kami semua mengembleng tenaga bagi menyiapkan produk ini. Perjumpaan setiap minggu bagi membincangkan bahan-bahan, strategi pembuatan mahupun kaedah serta perlaksanaan pembuatan produk turut dibincangkan. Kerjasama dalam setiap kumpulan itu penting bagi memastikan produk yang dihasilkan itu berkualiti dan terhasil seperti yang ditetapkan.
























0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Projek Titas Kami
| Distributed By Gooyaabi Templates