Sunday, 29 May 2016

Perjumpaan Ahli Kumpulan Bersama Pensyarah

Assalamualaikum w.b.t

Pada (tarikh) bersamaan hari khamis, satu perjumpaan ahli kumpulan bersama pensyarah kursus TITAS iaitu Puan Fatin Hazwani telah diadakan. lokasi perjumpaan ini bertempatkan di pejabat pensyarah iaitu di pusat CITRA UKM. tujuan asal perjumpaan ini adalah untuk mengusulkan kertas kerja projek TITAS iaitu projek mencipta produk yang berasaskan ketamadunan menggunakan barang-barang kitar semula atau terpakai. didalam kertas kerja, kami menceritakan serba sedikit mengenai produk,bahan-bahan yang digunakan, skop produk, anggaran kos dan juga gambaran produk 

Setelah selesai kami menceritakan mengenai idea produk kami, pensyarah menyoalkan mengenai kaitan antara produk kami dengan tamadun. kami bercadang untuk menggabungkan kesemua tamadun dalam satu produk.oleh itu kami teleh memilih untuk mecipta produk congkak pasang siap. congkak sahaja pada asalnya berasal dari Timur Tengah dan mulai tersebar ke Asia dan Asia Tenggara melalui pedagang-pedagan pada ketika itu. perkakas lain dalam congkak seperti guli , kami menggantikannya dengan batu seremban yang diisi dengan beras.beras itu yang melambangkan tamadun India . tempurung pula sebagai rumah congkak berasal dari tamadun melayu , dan tamadun cina pula kami kaitkannya dengan buluh.

dan perjumpaan kami diakhiri dengan pensyarah menerangkan tugasan yang seterusnya yang harus dilakukan.

Antaranya ialah :

  • sentiasa memuat naik perkembangan di dalam blog
  • melengkapkan lagi kertas kerja
  • mencari maklumat dengan lebih terperinci lagi mengenai tamadun yang berkaitan dengan produk
  • mengumpul bahan-bahan untuk produk

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Projek Titas Kami
| Distributed By Gooyaabi Templates