Refleksi Ahli Kumpulan : FATIMAH BINTI ADNAN
FATIMAH BINTI ADNAN- A150103
Assalamualaikum :) Nama saya Fatimah binti Adnan ( A150103). Saya telah pun mengambil kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) set 21 yang dikendalikan oleh Puan Fatin Hazwani selaku pensyarah kelas TITAS ini. Sepanjang kelas TITAS ini kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan saya adalah kumpulan 7 di mana kumpulan ini dianggotai oleh 8 orang pelajar. Kami telah diberikan dua tugasan iaitu :
1. Pembentangan bab kursus TITAS- Tamadun Islam
2. Reka cipta produk
Melalui dua tugasan yang telah diberikan ini, saya dan ahli kumpulan telah bekerjasama bagi memastikan tugasan yang diberi mampu disiapkan pada tarikh yang telah ditetapkan. Melalui tugasan yang pertama iaitu pembentangan bab, kami telah membuat video bab Tamadun Islam dengan membahagikan tajuk pembentangan kepada setiap ahli kumpulan. Alhamdulillah akhirnya kami telah pun berjaya melakukan pembentangan tersebut. Bagi diri saya, tugasana yang diberikan ini mampu menjadikan diri saya seorang yang lebih kreatif dan kritis. Kenapa? Kerana semasa membuat slide otak saya berkerja untuk memastikan slide yang saya buat kelihatan lebih menarik supaya pelajar lain tidak bosan semasa pembentangan dilakukan.
Bagi tugasan yang kedua iaitu reka cipta produk, kami sebagai satu kumpulan telah sebulat suara bersetuju untuk mencipta congkak daripada bahan-bahan terbuang. Banyak masalah yang kami hadapi semasa proses pembuatan ini kerana terdapat banyak pertukaran idea sehinggalah ia menjadi congkak psang siap. Pada mulanya kami telah bersetuju tuk menggunakan tempurung kelapa, buluh dan beras. Antara beberapa masalah yang kami hadapi:
1. Buluh terlalu besar
2. Paku yang kami beli untuk menggabungkan tempurung dengan buluh kecil
3. Glue gun yang digunakan untuk melekatkan tempurung dengan buluh kurang melekat
Oleh yang demikian, akhirnya tercetusnya satu idea di mana kami ingin membuat congkak psang siap sahaja dek kera buluh yang besar. Deangan itu, saya pergi membeli mounting board di kedai dan menjadikannya sebagai alas antara buluh dan tempurung dan juga sebagai pemegang tempurung supaya tempurung itu kekal dan tidak bergerak-gerak. Maka dengan itu masalah yang kami hadapi telah dapat diselesaikan.
Melaui tugasan kedua ini, saya dapati saya mampu untuk berfikiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Selain itu, melaui tugasan ini juga saya dapat mengetahui tentang tamadun disebalik penggunaan bahan-bahan reka cipta kami seperti :
1. Tempurung digunakan pada zaman tamadun Melayu dahulunya sebagai pinggan mangkuk dalam upacara majlis perkahwinan.
2. Buluh digunakan sebagai alat muzik
3. Beras- perempuan yang ingin berkahwin harus tahu bagaimana untuk menapi beras sebagai salah satu syarat perkahwinan.
4. Congkak berasal daripada jordan dan kemudiannya tersebar ke asia tenggara.
Saya amat berterima kasih kepda puan Fatin Hazwani dan rakan-rakan kumpulan kerana banyak mengajar saya dan memberikan banyak ilmu baru yang sebelum ini belum pernah saya ketahui. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana melaui tugasan yang diberikan ini, congkak yang kami cipta ini dapat memberikan kebahagiaan buat diri saya dan dapat mengimbas kembali memori-memori lama pda zaman kanak-kanak dahulu.
Sekian terima kasih :)
salam sayang daripada saya <3 :)
0 comments:
Post a Comment