Pengenalan Congkak
Congkak adalah
sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti
dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang
atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah
atau guli yang diisi sama banyak. Terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan
buah congkak. Sebanyak lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai
“kampung”dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai
“rumah”.Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya 80 cm dan lebarnya 18 cm.
Permainan ini memerlukan dua orang pemain yang berkedudukan menghadap satu sama
lain.
Congkak
dipercayai berasal dari Afrika atau Arab. Walaubagaimanapun, bukti tertua yang
dijumpai oleh ahli kaji purba ialah kepingan batu kapur yang mempunyai dua
liang selari bertarikh 5000 SM hingga 7000 SM di Jordan. Dari Timur Tengah
permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui
pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara congkak berkembang dari Melaka
memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada ketika itu.Nama
congkak berasal daripada perkataan Bahasa Melayu “congkak” yang bermaksud
pengiraan mental.Di kepulauan Caribbean, congkak dipercayai sampai ke sana
melalui perdagangan hamba dan di sana permainan ini dikenali sebagai warri atau
awari. Manakala di Indonesia pula, congkak dikenali dengan nama congklak dan di
Filipina dipanggil sungka.
Pada zaman
dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang
berukir mewah, sementara dalam kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan
dengan mengorek lubang di dalam tanah.Kini,terdapat pelbagai jenis congkak yang
diperbuat daripada bahan plastik. Penggunaannya lebih selamat,ringan dan
selesa. Selain itu, terdapat juga congkak digital yang boleh dimainkan terus
daripada internet. Kemudahan teknologi zaman ini telah membantu dalam menarik
minat golongan muda tentang pernainan congkak.
0 comments:
Post a Comment