Sasaran Pengguna
Sasaran utama kami bagi produk yang telah kami siapkan ini adalah kepada kanak-kanak, kerana melalui pemerhatian dan temubual yang telah kami lakukan tempoh hari,kami mendapati bahawa ramai kanak-kanak tidak tahu cara bermain congkak. Bukan kanak-kanak sahaja, kami juga telah menjalankan praktikal permainan congkak kepada teman kami sendiri dan dia sendiri memberitahu kami bahawa dia telah lupa cara permainan congkak ini.
Ini menunjukkan permainan congkak ini telah lama dilupakan oleh generasi Z. Mereka lebih memilih untuk duduk di dalam bilik dan menghadap telefon pintar, laptop, dan sebagainya. Sikap sebegini perlu diubah untuk menjadikan seseorang kanak-kanak itu lebih bersosial dan lebih bersifat kemasyarakatan. Permainan congkak ini dapat memupuk sikap kemasyarakatan dan bersosial kerana tidak mungkin seseorang itu bermain congkak bersendirian bukan? Paling kurang pun permainan congkak ini memerlukan dua orang pemain.
Jadi, sasaran kami lebih menumpukan kepada kanak-kanak sekolah rendah. Kami akan menempatkan congkak ini di dalam perpustakaan, ruang pembelajaran dan sebagainya agar tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kami meletakkan di dalam perpustakaan kerana ia dapat mengubah pemikiran kanak-kanak bahawa perpustakaan bukanlah tempat untuk membaca dan membuat rujukan semata-mata. Dengan itu, ia dapat menanamkan sifat suka datang ke perpustakaan kepada kanak-kanak kerana ia tidak terhad kepada membaca sahaja.
Kami juga membuat biji di dalam tempurung itu dengan menggunakan kain yang dijahit dan didalam jahitan itu kami telah menggunakan beras. Dengan cara itu, ia sesuai dimainkan di dalam perpustakaan kerana tiada bunyi yang dihasilkan justeru tidak mengganggu pelajar lain yang sedang membaca atau sedang membuat rujukan.

0 comments:
Post a Comment