Hari yang dinanti-nantikan
Assalamualaikum w.b.t
oke , kiter throwback sat untuk hari khamis yang lepas .. mesti semua tertanyakan hari khamis lepas ada apa ??? sabaq sabaq , ni cheq nk ceritalah nie .
Hari khamis yang lepas , dimana Set 21 bagi course LMCW2163 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA merupakan hari pembentangan projek iaitu projek menciptakan sesuatu produk yang berasaskan ketamadunan dengan menggunakan barang kitar semula/ barang terpakai untuk setiap kumpulan. jumlah kumpulan yang ada dalam set ini sebanyak 10 kumpulan dan kami merupakan kumpulan yang ke 7.
pembentangan kami diadakan di dewan kuliah , dan pada ketika itu pensyarah kami telah memutuskan untuk memulakan pembentangan dari kumpulan terakhir iaitu kumpulan 10. maka kami jadilah kumpulan ke 4.(untuk pembentangan sahaja kami jadi kumpulan 4 , lepas pembentangan kami kembali pada yang asal iatu kumpulan 7).haha
(Dup dap dup dap dup dap )begitulah bunyi yang jelas kedengaran dari hati kami terutama sekali yang _____ iaitu Izzati. Selagi produk kami ini belum dibentangkan , selagi itulah debaran hati kami makin kencang . hipotesis accepted. haha
selepas satu satu kumpulan selesai dengan pembentangan mereka sehinggalah tiba masanya giliran kami pula membuat pembentangan produk. semua ahli dari kumpulan kami segera bangkit menuju ke pentas dewan dan bertungkus lumus memasang produk kami.alhamdulillah pembentangan produk berakhir dengan jayanya.produk yang kami ciptakan mendapat pujian dari pensyarah kami iaitu beliau mengatakan "idea produk kami bernas dan tidak menggunakan kos yang banyak untuk menciptakannya kerana bahan-bahan yang digunakan semuanya senang didapati". beliau juga mengatakan produk ini harus dibuat lebih banyak lagi untuk diletakkan di tempat-tempat seperti tadika , sekolah , rumah anak yatim dan banyak lagi tempat lain untuk menerapkan nilai ketamadunan dalam diri mereka.selepas mendapat komen dari pensyarah , maka berakhirlah pembentangan produk kami
(bolehlah kami bernafas semula )
idea-idea dari kumpulan lain juga tidak kurang hebatnya antaranya adalah pasu menggunakan tikar , lampu menggunakan sudu , pasu yang dihiasi dengan butang,lampu tidur yang dihiasi dengan buruj dan banyak lagi produk lain.
pada akhir pembentangan untuk set 21 , kami menerima nasihat dan juga tip dari pensyarah iaitu mengagihkan produk kepada para penonton jika ingin mempromosikan sesuatu produk . kami berterima kasih kepada pensyarah kami kerana sudi berkongsi nasihat yang sangat bermanfaat untuk kami semua.
Kesimpulannya,
dengan terlaksananya aktiviti bagi Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini, kami dapat mengetahui sejarah tamadun dengan lebih mendalam dan juga kisah disebalik tamadun-tamadun yang berkait dengan bahan yang kami gunakan. Dapatlah disimpulkan bahawa dalam mengekalkan sejarah tamadun mempunyai pelbagai dekorasi dan seni bina yang unik.
0 comments:
Post a Comment