Sunday, 29 May 2016

Refleksi Ahli Kumpulan : Ummu Syakirah Binti Zulkefly

REFLEKSI DIRI

UMMU SYAKIRAH BINTI ZULKEFLY    - A151089

Bismilahirahmanirahim.

Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan projek kerja kursus ini.Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-NYA maka saya dapat menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada sayadan rakan-rakan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Keberhasilan tugasan ini adalah datangnya daripada usaha dan kerja keras yang dilakukan oleh saya dan rakan seperjungan yang lain.Saya Ummu Syakirah Binti Zulkefly sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya dilaksanakan.Kami sekumpulan telah menunjukkan kerjasama yang sangat bagus walaupun kali pertama bergandingan bersama memandangkan kerja kursus ini mempunyai ahli seramai 9 orang. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah penasihat iaitu Puan Fatin Hazwani @ Hasidah Binti Siran kerana banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Sepanjang menjalankan tugasan projek kursus titas ini , saya talah dapat mempelajari banyak perkara baru dalam hidup saya . Untuk kumpulan kami , kata sepakat dari kami memilih congkak sebagai tugan projek kursus ini . Kenapa pilih congkak ? Hal ini disebabkan kami ingin mengimbas kembali zaman kanak-kanak kami dengan bermain congkak yang mana pada zaman yang penuh teknologi sekarang sudah tidak ada kanak-kanak yang bermain permainan tradisional seperti congkak,batu Seremban dan teng-teng .Terdapat banyak pengetahuan baru yang saya sendiri dapat sepanjang menyiapkan projek ini .Seperti yang semua tahu , permainan congkak dimainkan bersama biji guli .Kelainan yang kami bawa adalah dengan menggantikan guli dengan kain yang berisi beras yang dijahit kelilingnya. Kami bahagikan kerja dengan setiap orang dikehendaki menjahit 9 biji uncang.Dengan kerjasama kumpulan kami berjaya siapkn dalam masa yang singkat . Untuk peralatan yang lain pula seperti buluh yang digunakan sebagai tapak congkak kami dapatkan dari kampong salah seorang ahli kumpulan kami . Dengan perjalanan yang mudah dapat menjimatkan kos disamping menyelesaikan tugasan ini .Bagi rumah congkak kami gunakan tempurung yang kami bersihkan bersama dan selesa untuk digunakan semula .Alhamdulillah akhirnya kami berjaya siapkan projek ini.Kami lebih mengenali sifat ahli kumpulan kami .Banyak pengalaman yang kami hadapi bersama kerana kami lebih banyak buat bersama untuk siapkn projek ini .

Sepanjang mempelajari kursus ini , banyak perkara baru yang saya perolehi selain dari projek kumpulan kami . Apabila minggu pembentangan dijalankan ,setiap kumpulan membentangkan projek yang mereka lakukan. Terdapat kumpulan yang membuat lampu sebagai hiasan dengan menggunakan kapas,sudu,dan lampu yang bila dipasangkan mengeluarkan baying-bayang buruj.Terdapat juga kumpulan yang membuat projek pasu yang dikaitkan dengan tamadun cina dan tabung berbentuk dadu yang dikelilingnya bercorak ukiran seni.

Akhir kata daripada saya , saya amat bersyukur dapat menyelesaikan tugasan projek TITAS ini pada masa yang ditetapkan kerana disamping memenuhi pemarkahan kerja kursus ini , saya juga mendapat banyak maklumat dan manfaat daripada tajuk yang telah saya dan rakan seperjuangan jalankan kali ini.Ilmu sangat penting dalam kehidupan kerana untuk Berjaya didunia dan akhirat kita memerlukan ilmu pengetahuan yang berguna pada masa hadapan. Oleh itu , suka saya ingin mengingatkan rakan-rakan lain dan saya sendiri juga untuk mencari ilmu terutama ilmu keagamaan sebagai bekalan diakhirat kelak.


Sekian,terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Projek Titas Kami
| Distributed By Gooyaabi Templates